Saturday, 14 January 2012

Tamat semester 5

Dah tamat..

saya dah nak balik kampung,,cuti...

sebulan..

bye.........

Monday, 9 January 2012

Suara hati seorang gadis ..

Dia
seorang hamba Allah
yang tidak lepas dari dosa silam
yang sering menghantui diri
apakan daya..
ini adalah hakikat seorang insan.

Dia
seorang gadis
gadis kecil yang lemah
tidak berdaya menentang yang lebih berkuasa
hanya mampu berserah
pasrah
dan redha dengan segalanya.

Dia
ingin mengecap sekelumit bahagia
bersama insan tercinta
yang pernah berjanji setia
namun akhirnya semua dusta
namun
dia tetap redha..

Dia
hanya mampu berserah pada yang punya kuasa
dia tidak mampu lagi
tidak mampu menghadapi gelombang yang semakin mengganas
yang memukul- mukul dirinya
tiada daya untuk dia melawan.

Dia
hari ini masih boleh tersenyum
walau hebat dugaan melanda
walau hati bagai disiat- siat
namun
akalnya masih waras
masih tebal dengan sifat sabar
masih sabar dan terus bersabar.

Dia
dia sendiri tidak pasti
sampai bila keadaan ini akan terus menimpa diri
bahagia datang hanya seketika
diganti dengan derita yang tiada penghujungnya.

Dia
perlu kembali kepada yang Esa
merintih dan merataplah meminta bantuan-Nya
Dia pasti mengasihani setiap hamba-Nya
mendengar setiap keluhan
memakbul setiap doa
memberi apa yang dipinta.

Dia
siapa dia sebenarnya...???

Friday, 6 January 2012

Final exam !!

Final exam dah bermula !

Paper Dr. Notts dah lepas, 4hb.. pagi tadi exam untuk paper Dr. Samsina-kaedah penyelidikan sastera..
soalan tadi ok la jugak,,dapat jawab dengan yakin..insya Allah dapat A subjek ni..huhu

Paper Dr. Notts pulak,aku stress sangat masa jawab tu..huhu
entah,,aku tak tahu nak explain camne,,huhu
memang semua soalan dapat dijawab, tapi tak tahu la....................

masih ada 4 paper lagi..

7/1- Sastera Islan (2-4pm)

8/1- Peristilahan (2-4pm)

13/1- Bahasa dalam Multimedia (3-5pm)

14/1- Sejarah rumpun BM  (2-4pm)

Sunday, 1 January 2012

2012 ..

Selamat tahun baru 2012..

hari ni  1/1/2012

aku sibuk dengan nota2 dan buku yang perlu dibaca untuk persediaan final exam 4hb nanti..

ada banyak lagi yang perlu dibaca..huhu

si dia???

dia dah start exam hari ni.

of course dia busy study kan..

ermmm,,, lepas habis exam nanti baru ada masa bersama kan..

kena fokus exam dulu baru boleh fokus kat dia kn..huhuhu

semoga kami dapat result yg gempakk nanti,,insya Allah...

Friday, 23 December 2011

Dr Normaliza ...

Post kali ini untuk menceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis selama 14 minggu menjalani praktikal untuk subjek BBK 3408 Sastera dalam Multimedia. Pensyarah kami tidak lain tidak bukan ialah Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts "http://aammwa.blogspot.com"..

Selama 14 minggu ni, kami buat semua tugasan secara berkumpulan. Kumpulan kami diberi nama Menuju Puncak yang dianggotai oleh 5 orang gadis iaitu aku (sue), lina, nuyu, liza dan bam..
Setiap minggu kami wajib diberi tugas untuk subjek ni, tak ada masa untuk bersenang lenang apabila masuk kelas Dr Notts ni,huhu..memang kadang kala kami ada jugak merungut dan tak puas hati gara-gara kerja yang diberikan setiap minggu tu sebab kadang-kadang sampai dua tiga tugasan jugak Dr bagi dalam seminggu tu..kena siap jugak walau macam mana susah sekalipun.,perlukan kesabaran dan pengorbanan.

Setiap minggu kami kena buat video untuk di post kat youtube. Kerja-kerja ni memang memerlukan komitmen dan disiplin supaya hasilnya nanti memuaskan. Tidak dinafikan, dalam kumpulan kami pun ada jugak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain,,biasa la kerja kumpulan kan..lepas tu ok balik.,tak ada la sampai "berperang"..huhu

Walaupun begitu,,aku rasa sangat bertuah dan beruntung belajar subjek ni sebab banyak pengalaman baru yang aku dapat. Misalnya, macam mana nak berlakon, menari, bercakap macam wartawan, memberi idea dan bermacam-macam lagi. Pengalaman ni tak akan dapat dalam kelas-kelas yang lain. Aku juga dah tahu macam mana nak buat video dalam movie maker, buat gambar kat picasa, edit video, buat majalah dan tahu tentang asas grafik, multimedia..

dan yang paling penting, pasal BLOG ni..blog ni wujud setelah aku belajar subjek ni la..setiap orang wajib mempunyai blog, kadang-kadang Dr. suruh buat assgment dalam blog dan e-mail kan,,semua tu dapat markah dan setakat ni markah aku untuk subjek ni pun sangat memuaskan..:) berbaloi dengan usaha selama ni..insya Allah dapat A untuk subjek ni.

Kalau ada sape2 yang nak tengok video-video yang dihasilkan oleh kumpulan kami dan kumpulan2 yang lain, cari je kat youtube..taip BBK 3408..
video yang paling aku suka ialah video sehala, kami menari lagu Rossa.,best !! lagu tu rancak..
aku selalu tengok video tu time takde keje,,huhu

Kesimpulannya,memang best dan enjoy join kelas Dr Notts walaupun banyak keje, tapi kami dapat banyak pengalaman yang berguna. terima kasih Dr ...


antara gambar2 yang berkaitan..:

















sudah berakhir kuliah untuk semester ini, hanya menunggu hari untuk peperiksaan akhir ..
tak sabar nak jawab exam,,doakan saya ye ..:)

Saturday, 17 December 2011

Minggu 14

- kena buat dokumentari untuk subjek BBK3408

- siapkan assgment untuk tajuk E- Puisi (part aku ialah fungsi dan ciri2)

- projek ilmiah..,kena pikir nak buat tajuk yg mane satu, pemikiran shj atau tentang isu2 wanita shj..
dr. arbai'e dah luluskan aku punya pernyataan masalah dan objektif.. tapi sebelum cuti ni,,dia nak jumpa lagi..mybe nak tahu aku pilih tajuk yg mana kot..

agak2,,tajuk mana yang lebih senang erkkkk..??emmmm