Friday 23 December 2011

Dr Normaliza ...

Post kali ini untuk menceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis selama 14 minggu menjalani praktikal untuk subjek BBK 3408 Sastera dalam Multimedia. Pensyarah kami tidak lain tidak bukan ialah Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts "http://aammwa.blogspot.com"..

Selama 14 minggu ni, kami buat semua tugasan secara berkumpulan. Kumpulan kami diberi nama Menuju Puncak yang dianggotai oleh 5 orang gadis iaitu aku (sue), lina, nuyu, liza dan bam..
Setiap minggu kami wajib diberi tugas untuk subjek ni, tak ada masa untuk bersenang lenang apabila masuk kelas Dr Notts ni,huhu..memang kadang kala kami ada jugak merungut dan tak puas hati gara-gara kerja yang diberikan setiap minggu tu sebab kadang-kadang sampai dua tiga tugasan jugak Dr bagi dalam seminggu tu..kena siap jugak walau macam mana susah sekalipun.,perlukan kesabaran dan pengorbanan.

Setiap minggu kami kena buat video untuk di post kat youtube. Kerja-kerja ni memang memerlukan komitmen dan disiplin supaya hasilnya nanti memuaskan. Tidak dinafikan, dalam kumpulan kami pun ada jugak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain,,biasa la kerja kumpulan kan..lepas tu ok balik.,tak ada la sampai "berperang"..huhu

Walaupun begitu,,aku rasa sangat bertuah dan beruntung belajar subjek ni sebab banyak pengalaman baru yang aku dapat. Misalnya, macam mana nak berlakon, menari, bercakap macam wartawan, memberi idea dan bermacam-macam lagi. Pengalaman ni tak akan dapat dalam kelas-kelas yang lain. Aku juga dah tahu macam mana nak buat video dalam movie maker, buat gambar kat picasa, edit video, buat majalah dan tahu tentang asas grafik, multimedia..

dan yang paling penting, pasal BLOG ni..blog ni wujud setelah aku belajar subjek ni la..setiap orang wajib mempunyai blog, kadang-kadang Dr. suruh buat assgment dalam blog dan e-mail kan,,semua tu dapat markah dan setakat ni markah aku untuk subjek ni pun sangat memuaskan..:) berbaloi dengan usaha selama ni..insya Allah dapat A untuk subjek ni.

Kalau ada sape2 yang nak tengok video-video yang dihasilkan oleh kumpulan kami dan kumpulan2 yang lain, cari je kat youtube..taip BBK 3408..
video yang paling aku suka ialah video sehala, kami menari lagu Rossa.,best !! lagu tu rancak..
aku selalu tengok video tu time takde keje,,huhu

Kesimpulannya,memang best dan enjoy join kelas Dr Notts walaupun banyak keje, tapi kami dapat banyak pengalaman yang berguna. terima kasih Dr ...


antara gambar2 yang berkaitan..:

















sudah berakhir kuliah untuk semester ini, hanya menunggu hari untuk peperiksaan akhir ..
tak sabar nak jawab exam,,doakan saya ye ..:)

No comments:

Post a Comment