Friday 23 December 2011

Dr Normaliza ...

Post kali ini untuk menceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis selama 14 minggu menjalani praktikal untuk subjek BBK 3408 Sastera dalam Multimedia. Pensyarah kami tidak lain tidak bukan ialah Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts "http://aammwa.blogspot.com"..

Selama 14 minggu ni, kami buat semua tugasan secara berkumpulan. Kumpulan kami diberi nama Menuju Puncak yang dianggotai oleh 5 orang gadis iaitu aku (sue), lina, nuyu, liza dan bam..
Setiap minggu kami wajib diberi tugas untuk subjek ni, tak ada masa untuk bersenang lenang apabila masuk kelas Dr Notts ni,huhu..memang kadang kala kami ada jugak merungut dan tak puas hati gara-gara kerja yang diberikan setiap minggu tu sebab kadang-kadang sampai dua tiga tugasan jugak Dr bagi dalam seminggu tu..kena siap jugak walau macam mana susah sekalipun.,perlukan kesabaran dan pengorbanan.

Setiap minggu kami kena buat video untuk di post kat youtube. Kerja-kerja ni memang memerlukan komitmen dan disiplin supaya hasilnya nanti memuaskan. Tidak dinafikan, dalam kumpulan kami pun ada jugak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain,,biasa la kerja kumpulan kan..lepas tu ok balik.,tak ada la sampai "berperang"..huhu

Walaupun begitu,,aku rasa sangat bertuah dan beruntung belajar subjek ni sebab banyak pengalaman baru yang aku dapat. Misalnya, macam mana nak berlakon, menari, bercakap macam wartawan, memberi idea dan bermacam-macam lagi. Pengalaman ni tak akan dapat dalam kelas-kelas yang lain. Aku juga dah tahu macam mana nak buat video dalam movie maker, buat gambar kat picasa, edit video, buat majalah dan tahu tentang asas grafik, multimedia..

dan yang paling penting, pasal BLOG ni..blog ni wujud setelah aku belajar subjek ni la..setiap orang wajib mempunyai blog, kadang-kadang Dr. suruh buat assgment dalam blog dan e-mail kan,,semua tu dapat markah dan setakat ni markah aku untuk subjek ni pun sangat memuaskan..:) berbaloi dengan usaha selama ni..insya Allah dapat A untuk subjek ni.

Kalau ada sape2 yang nak tengok video-video yang dihasilkan oleh kumpulan kami dan kumpulan2 yang lain, cari je kat youtube..taip BBK 3408..
video yang paling aku suka ialah video sehala, kami menari lagu Rossa.,best !! lagu tu rancak..
aku selalu tengok video tu time takde keje,,huhu

Kesimpulannya,memang best dan enjoy join kelas Dr Notts walaupun banyak keje, tapi kami dapat banyak pengalaman yang berguna. terima kasih Dr ...


antara gambar2 yang berkaitan..:

















sudah berakhir kuliah untuk semester ini, hanya menunggu hari untuk peperiksaan akhir ..
tak sabar nak jawab exam,,doakan saya ye ..:)

Saturday 17 December 2011

Minggu 14

- kena buat dokumentari untuk subjek BBK3408

- siapkan assgment untuk tajuk E- Puisi (part aku ialah fungsi dan ciri2)

- projek ilmiah..,kena pikir nak buat tajuk yg mane satu, pemikiran shj atau tentang isu2 wanita shj..
dr. arbai'e dah luluskan aku punya pernyataan masalah dan objektif.. tapi sebelum cuti ni,,dia nak jumpa lagi..mybe nak tahu aku pilih tajuk yg mana kot..

agak2,,tajuk mana yang lebih senang erkkkk..??emmmm

Saturday 10 December 2011

3 Kesalahan Lelaki yang sering Dilakukan pada Awal Hubungan

Adakah kita sedar mengapa kebanyakan lelaki mampu untuk melakukan sesuatu yang terbaik pada permulaan hubungan tetapi amat sukar mengekalkannya? Ia adalah kerana kesalahan yang telah mereka lakukan pada awal perhubungan. Cuba elakkan daripada melakukan kesalahan ini;


1) memberi terlalu banyak perhatian -Memberi perhatian terhadap pasangan adalah penting kerana ia adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan anda, tetapi jangan memberikannya lebih daripada yang diperlukan.


2) meluangkan terlalu banyak masa bersama- bahagikan masa yang perlu  terhadap rakan, keluarga dan juga pasangan. ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan yang akan mempengaruhi segala tindakan anda terhadap hubungan.


3) tidak menjadi diri sendiri- kebanyakan lelaki akan berlakon mengenai perwatakan mereka pada awal hubungan. Tetapi anda harus ingat sampai bila anda mampu untuk berlakon. Jadilah diri anda yang sebenar dari permulaan hubungan lagi.


*copy dari: http://www.uptomu.net/2011/11/3-kesalahan-sering-dilakukan-lelaki.html

Friday 9 December 2011

Senyum...

 
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilupai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥



*facebook