Mungkin ini la yang dimaksudkan oleh Dr Notts kot..
Perkara yang aku tak dapat lupa sampai ke hari ini, tentunya aku kehilangan seorang abah yang pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Dah dua tahun rupanya abah dah tinggalkan kami..Abah pergi pada 12 Julai 2009,,kerana strok. Mulanya abah hanya ada darah tinggi, kadang-kadang darahnya naik sehingga 200 lebih, dan abah terpaksa dirawat di hospital.
Tapi hari tu, abah tiba-tiba jatuh kat dapur,ketika sedang minum air..lepas dia jatuh, dia sudah tak sedarkan diri lagi..Sebelum abah jatuh, dia baru balik dari kedai, ambil surat tawaran aku untuk masuk ke UPM. Masa tu aku kat luar, uruskan keperluan yang perlu dibawa semasa daftar nanti, so hari tu aku balik lewat. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari ibuku mengatakan abah sekarang berada di hospital..
Aku jadi serba salah..aku dalam dilema masa tu,,nak pergi daftar atau tidak..abah sedang terlantar sakit masa tu. Doktor kata, abah diserang strok kerana darah tingginya naik mendadak dan menyebabkan saluran darah di otaknya telah pecah. Masa tu, abah dah tak boleh bercakap, bergerak apatah lagi nak tengok wajah aku ni,,yang akan menjejakkan kaki ke universiti, itulah harapan dia selama ni..
Aku terpaksa melangkah pergi juga ke UPM, bersama ibuku dan mak saudara..tinggalkan abah yang berada di hospital ditemani 2 orang adikku. Selama seminggu ibu dan adik menjaga abah di hospital, tetapi hari tu, doktor memberitahu ibu, abah sudah tiada harapan dan terpaksa di bawa balik ke rumah. Ibu menelefon dan memberitahuku, abah sudah balik dan ibu kata abah sudah beransur sihat. Aku sedikit lega.
Hari tu, hari ahad,adik lelaki telefon aku yang sedang berada dalam bas untuk program orentasi yang terakhir. dia cakap, "abah dah takde"...aku seakan-akan tidak percaya kerana sebelum ni ibu cakap abah dah beransur sihat. Ibu bohong???aku tahu, ibu hanya nak tenangkan perasaan aku waktu tu. Aku tak salahkan ibu.
Malam tu jugak bapa saudara datang ambik aku dan aku balik sehelai sepinggang. Sampai kat rumah, pukul 4.30 pagi..aku hanya dapat lihat sekujur tubuh yang sangat kurus terbaring kaku..Akhirnya, abah tak sempat untuk melihat aku berjaya, dia pergi sebelum aku sempat membalas semua budi dan jasanya selama ni. Tapi, adakah abah sudah memaafkan semua kesilapanku selama ni??
Jasadnya dikebumikan selepas solat zohor, selepas disembahyangkan di masjid. Aku takkan lupa saat-saat ini,,pertama kali aku melihat adik lelaki ku menangis semasa jenazah arwah abah dikapankan. Kami 5 orang adik beradik mencium dahi abah sebelum dia siap dikapankan. Adik aku yang bongsu, waktu tu berumur 4 tahun, tak mengerti apa-apa. Aku lihat dia hanya melihat dengan pandangan yang kosong ketika arwah abah diusung untuk di bawa ke masjid. Dia hanya tahu, abah dah tak ada..
Hanya surah Yassin yang sentiasa dikirim oleh kami kepada abah yang abadi di sana. Anak-anakmu akan berjaya nanti,,kami doakan abah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insya Allah......
Memang inilah peristiwa yang paling aku tak dapat lupa sepanjang hidup ini..menjadi seorang anak yatim yang sedang menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sekarang untuk mendapatkan segulung ijazah dan mencapai kejayaan yang diidamkan selama ni..
Insya Allah,,aku takkan kecewakan abah...
*gambar dari google
Al-fatihah....
ReplyDelete