Semalam,hari jumaat 23/9/2011, aku bersama seorang best friend aku ni keluar nak pegi DBP. Nak beli buku untuk projek ilmiah, banyak kejadian yang mencabar dan menguji kami. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga mendapatkan buku yang dicari-cari selama ni.
Aku menyangka hari jumaat tak ada la ramai sangat orang, tapi telahanku meleset. Hari jumaat lebih ramai orang daripada hari minggu. Bermula dengan bas UPM yang penuh, train komuter juga lebih teruk,sampai bertolak2,kami dah jadi macam ikan sardin kat dalam tu,,huhu
Lepas je pegi DBP, kami naik monorail untuk pegi ke Jalan TAR dan berhampiran dengannya ialah SOGO..kiteorang pegi shopping kedua2nya sekali. Duit melayang lagi.,tapi nak buat macam mana kita ni manusia biasa yang mempunyai kehendak dan keinginan masing2. Aku ni pulak jenis yang tak tahu nak urus kewangan, sekejap je duit tu boleh habis..
Lepas solat asar, kami balik dan masa dalam komuter tu la hanya tuhan yang tahu. terasa sungguh lama untuk sampai ke Serdang,huhu...
Sampai kat Serdang,sempat lagi kami singgah kat MINES, tapi bukan nak shopping tapi nak makan dan solat maghrib je...di sini, aku makan makanan yang menjadi favourite (maaf kalau ejaan salah) yang dah lama aku tak jumpa, iaitu shizzling,,memang sungguh mengenyangkan..
Sangat seronok kembara seharian yang kami tempuhi walaupun kaki terasa amat lenguh dan sakit2. sehingga saat ini,terasa lagi kesakitan itu...
No comments:
Post a Comment