12/9/2011,tarikh bermulanya semester 5 untuk tahun yang terakhir..Alhamdulillah....semua berjalan lancar. Tapi, sedikit sebanyak ada juga dugaan dan ujian yang menimpa. Yela, kita ni hanya manusia biasa yang tak lepas dari semua tu.
Hujung minggu yang baru berlalu semalam, aku berkunjung ke rumah makcik kerana dia ada buat open hause . Ramai juga tetamu yang hadir. Makcik aku tu seorang tukang masak yang handal, memang sedap la menu yang dia masak tu. Dia masak laksa kelantan dan laksa penang, nasi impit dengan kuah kacang dan nasi putih dengan gulai ikan tongkol (ike ayo)..memang banyak aku makan hari tu, nak tambah berat badan..hehehe...
Hari ni,aku kembali ke UPM untuk memulakan kuliah bagi minggu yang ke-2. Tentula banyak keje yang sedang menanti sekarang ni, sabar jelah...
No comments:
Post a Comment