Mungkin ini la yang dimaksudkan oleh Dr Notts kot..
Perkara yang aku tak dapat lupa sampai ke hari ini, tentunya aku kehilangan seorang abah yang pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Dah dua tahun rupanya abah dah tinggalkan kami..Abah pergi pada 12 Julai 2009,,kerana strok. Mulanya abah hanya ada darah tinggi, kadang-kadang darahnya naik sehingga 200 lebih, dan abah terpaksa dirawat di hospital.
Tapi hari tu, abah tiba-tiba jatuh kat dapur,ketika sedang minum air..lepas dia jatuh, dia sudah tak sedarkan diri lagi..Sebelum abah jatuh, dia baru balik dari kedai, ambil surat tawaran aku untuk masuk ke UPM. Masa tu aku kat luar, uruskan keperluan yang perlu dibawa semasa daftar nanti, so hari tu aku balik lewat. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari ibuku mengatakan abah sekarang berada di hospital..
Aku jadi serba salah..aku dalam dilema masa tu,,nak pergi daftar atau tidak..abah sedang terlantar sakit masa tu. Doktor kata, abah diserang strok kerana darah tingginya naik mendadak dan menyebabkan saluran darah di otaknya telah pecah. Masa tu, abah dah tak boleh bercakap, bergerak apatah lagi nak tengok wajah aku ni,,yang akan menjejakkan kaki ke universiti, itulah harapan dia selama ni..
Aku terpaksa melangkah pergi juga ke UPM, bersama ibuku dan mak saudara..tinggalkan abah yang berada di hospital ditemani 2 orang adikku. Selama seminggu ibu dan adik menjaga abah di hospital, tetapi hari tu, doktor memberitahu ibu, abah sudah tiada harapan dan terpaksa di bawa balik ke rumah. Ibu menelefon dan memberitahuku, abah sudah balik dan ibu kata abah sudah beransur sihat. Aku sedikit lega.
Hari tu, hari ahad,adik lelaki telefon aku yang sedang berada dalam bas untuk program orentasi yang terakhir. dia cakap, "abah dah takde"...aku seakan-akan tidak percaya kerana sebelum ni ibu cakap abah dah beransur sihat. Ibu bohong???aku tahu, ibu hanya nak tenangkan perasaan aku waktu tu. Aku tak salahkan ibu.
Malam tu jugak bapa saudara datang ambik aku dan aku balik sehelai sepinggang. Sampai kat rumah, pukul 4.30 pagi..aku hanya dapat lihat sekujur tubuh yang sangat kurus terbaring kaku..Akhirnya, abah tak sempat untuk melihat aku berjaya, dia pergi sebelum aku sempat membalas semua budi dan jasanya selama ni. Tapi, adakah abah sudah memaafkan semua kesilapanku selama ni??
Jasadnya dikebumikan selepas solat zohor, selepas disembahyangkan di masjid. Aku takkan lupa saat-saat ini,,pertama kali aku melihat adik lelaki ku menangis semasa jenazah arwah abah dikapankan. Kami 5 orang adik beradik mencium dahi abah sebelum dia siap dikapankan. Adik aku yang bongsu, waktu tu berumur 4 tahun, tak mengerti apa-apa. Aku lihat dia hanya melihat dengan pandangan yang kosong ketika arwah abah diusung untuk di bawa ke masjid. Dia hanya tahu, abah dah tak ada..
Hanya surah Yassin yang sentiasa dikirim oleh kami kepada abah yang abadi di sana. Anak-anakmu akan berjaya nanti,,kami doakan abah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insya Allah......
Memang inilah peristiwa yang paling aku tak dapat lupa sepanjang hidup ini..menjadi seorang anak yatim yang sedang menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sekarang untuk mendapatkan segulung ijazah dan mencapai kejayaan yang diidamkan selama ni..
Insya Allah,,aku takkan kecewakan abah...
*gambar dari google
Saturday, 29 October 2011
Wednesday, 26 October 2011
my Life is about suJU
inilah santapan ku sehari harian,,kalau tak tengok rasa tak sempurna hidup..huhu
ada banyak lagi,tapi ini la antara yang paling aku suke...:)
Tuesday, 25 October 2011
dah siap!!!
siap jgk kalendar 2012 ni...
ni asgment untuk subjek sastera dalam multimedia...
dh post kt fb, dan tag kat akak yang ajar amali tu..
ni la antara hasilnya;
ok tak?
ni asgment untuk subjek sastera dalam multimedia...
dh post kt fb, dan tag kat akak yang ajar amali tu..
ni la antara hasilnya;
ok tak?
Sunday, 23 October 2011
Kesunyian...
malam ni dok sorang2...
sunyi nye...ase takut pn ade,huhu
nak tido la kejap lagi
semoga lena tidurku nanti...
sunyi nye...ase takut pn ade,huhu
nak tido la kejap lagi
semoga lena tidurku nanti...
Friday, 21 October 2011
cuti yang pilu..
minggu depan dah start cuti semester,seminggu..smua orang nak balik kampung..
tapi aku,,dok kat sini je kot.siapkan keje yang belum siap lagi tu.
memang aku teringin sangat nak balik kampung,tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan.
nati raya haji ni pun maybe tak boleh balik jugak sebab tiket dah habis,,
emmmm...ape la nasib..tahun lepas pun raya kat sini jugak.
Aku rindu sangat famili kat kampung,,rindu kat mak dan adik-adik. Yang paling aku rindu, adik yg bongsu,perempuan,,umo 6 tahun. sekarang tadika. Rindu dengan gelagatnya yang selalu buat aku tergelak,,
dia la yang hanya dapat bersama arwah abah selama 4 tahun je. tak tahu la dia sempat ingat ke tak wajah abah. tapi bila tengok gambar,dia tahu,itu abah..
aku rindu abah...
tentu abah selalu melihat anak-anak dia kan..lihat gelagat dan perangai anak-anak dia ni
dah lama aku tak mimpi pasal abah,,
harap-harap malam ni abah datang dalam mimpi aku
aku sangat2 rindukan abah sekarang...............:(

Monday, 17 October 2011
My Life is About "J"
Siapakah John, Jonah dan Jasper??
Kemungkinan:
John adalah nama gelaran bagi seseorang.
Jasper ialah kurza gelap yang berwarna merah, hijau dan kuning.
Jonah merupakan rakan kepada Dr Notts...
itulah jawapan yang sy dapat setakat ni,huhu
Kemungkinan:
John adalah nama gelaran bagi seseorang.
Jasper ialah kurza gelap yang berwarna merah, hijau dan kuning.
Jonah merupakan rakan kepada Dr Notts...
itulah jawapan yang sy dapat setakat ni,huhu
Thursday, 13 October 2011
Dalam dilema
Entah la...semenjak dua menjak ni,fikiran jadi bercelaru. tak tahu ape aku dah buat.
salah aku ke??tak rasanya..apa yang aku buat rasa serba tak kena.
tiba-tiba dia muncul kembali..apa hal??dahla senang2 tinggalkan aku, nak balik semula la pulakk...
NO,,aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan,bukan barang mainan.
senang2 je campak,lepas tu nak ambik balik,boleh ke?bukan sampah ni...
cukup la sekali,,,dah serik dah,tak nak berulang lagi..tak nak terhegeh2 pada yang tak sudi..
biarla aku hidup begini,, lagi tenang dan gembira,,tak nak sedih2 lagi..sendiri lebih baik,,
harap dugaan dan ujian ini ditempuh dengan sabar dan redha...
mungkin ade yang lebih baik sedang menanti,,,wallahua'lammm

Wednesday, 5 October 2011
Penyakit...
Memang teruk penyakit yang menimpa aku sekarang ni...
penyakit yang boleh memusnahkan kehidupan manusia.
penyakit ni la yang paling bahaya,,,
nak tahu pnyakit ape???
penyakit MALAS
aku diserang penyakit ni la sekarang.
keje bertimbun, tapi setiap masa dok layan suJU (super junior)...huhu
tapi aku akan berusaha untuk buang jauh2 pnyakit ni,,jangan melekat lagi dalam diri ni
usaha tangga kejayaan!!chaiyyookkkk2!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)