Tuesday, 29 November 2011

Minggu ke 11

Dah minggu ke 11 rupanya, cepat betul masa berlalu. Tinggal lagi 3 minggu untuk menghabiskan kuliah bagi semester ini, lepas tu final exam.

Final exam bermula 4 -14 Januari 2012,,tak sabar rasanya nak menghabiskan semester 5 ni,,tahun depan dah semester akhir..wahhhh dah nak abis pengajian kat UPM ni, rasa macam baru je study kat sini,,huhu

Lepas tamat pengajian nanti, kat manalah aku agaknya..errmmm...???

Aku sentiasa berharap cita-cita ku selama ini tercapai..semua orang pun mengharapkan macam tu.

Insya Allah,,dengan izin-Nya akan terlaksana jua apa yang aku impikan selama ini..

Sama2 lah kita berdoa agar kejayaan akan menjadi milik kita nanti..

"datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan"

Saturday, 26 November 2011

Muhasabah Maal Hijrah

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


*sumber: Artikel iluvislam.com

Thursday, 24 November 2011

Ilmu yang benar

Maksud ilmu yang benar:

- ilmu yang dapat menjelaskan kepada kita adakah sesuatu perkara itu benar atau salah
- ilmu yang dapat menjadikan kita tahu antara yang benar dengan yang salah dan dengan pengetahuan itu manusia dapat melaksanakan yang benar dan meninggalkan yang salah.

2 jenis sumber ilmu:

a) ilmu bersumberkan wahyu

- al Quran
- hadis/ sunnah
- ilmu alladuni (wali)
- hikmah

* ilmu yang tidak tercapai oleh akal manusia. 

b) ilmu yang bersumberkan bukan wahyu
- akal
- pengalaman

* ilmu yang diperoleh dengan hasil usaha sendiri secara berfikir/ yang di alami.

- kebenaran ilmu bukan wahyu bergantung kepada kebenaran ilmu wahyu.


~ soalan kuiz tadi~

Monday, 21 November 2011

Saturday, 19 November 2011

Tahniah Malaysia..!!!


BEBERAPA pemain negara meraikan kejayaan Ahmad Fakri meledakkan gol kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

*sumber: kosmo




AHMAD Fakri Saarani dijulang wira negara, semalam apabila jaringan tunggal pada lewat babak perlawanan membantu Malaysia layak ke final dua kali berturut-turut dan kini selangkah lagi mengulangi gemilang 2009 di Laos.
Dalam saingan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno anak didik Ong Kim Swee menewaskan Myanmar 1-0 untuk bertemu Indonesia, esok bagi membuat perhitungan siapa bakal muncul pemenang pingat emas edisi ke-26 kali ini.
Kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA adalah pada 30 September 1979 di Jakarta apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia 1-0.

Sementara itu, kontinjen negara menambah enam lagi pingat emas, semalam untuk menjadikan keseluruhan 47.

Penyumbang emas negara ialah Mohd Harriff Saleh, Fatehah Mustapa (berbasikal trek), Heidi Gan (renang terbuka), Lee Yang (wushu), Png Hui Chuen, Katrina Ann Abdul Hadi (renang berirama) dan renang berirama berpasukan.

*sumber: berita minggu

Friday, 18 November 2011

Harimau tunjuk belang

Foto

KIM Swee mengucap tahniah kepada anak buahnya selepas menang 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

"EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.


100,000 penonton gagal 'ganyang'
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.

Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.
Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.

Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat."



*sumber: berita harian

Tahniah harimau muda..!!!

Malaysia boleh!!!

Paparazzi di Seminar Antarabangsa








BBK 3408 video








Tuesday, 15 November 2011

Jumpa papa lagi

Pagi tadi aku pegi jumpa penyelia untuk discuss tentang projek ilmiah,,continue yang semalam.huhu

Janji pukul 10pg, tapi aku sampai kat fakulti tadi pukul 10.30 lebih,,janji melayu..
tapi bukan sengaja, aku terlewat bangun sebab semalam tido dekat pukul 6 pagi untuk siapkan projek kumpulan kami..

Tapi nasib baik dr. tak marah,,huhu
aku dah takut dan "kenaling" dah tadi.

Setelah bersoal jawab dengan dr., akhirnya  dr nak aku buat pernyataan masalah dan objektif kajian.
Dr. ada bagitau aku apa yang perlu ada dalam pernyataan masalah tu,,siap bagi contoh lagi.
aku ni begitu khusyuk mendengar sambil menyalin,,rasa tak sempat otak ni nak tangkap,huhu
dr. tanya awak faham ke? aku selalu je faham..huhu
tapi memang betul aku dah nampak sikit2 apa yang perlu aku buat,,dah tak kabur lagi tentang masalah ni.

Tapi, aku kena cari artikel berkaitan penulis ni, baru la aku dapat buat pernyataan masalah.
tu je keje aku sekarang ni,,tapi susah nak jumpa, tadi dah selongkar majalah kat sanggar bahasa, tapi batang hidung pun tak nampak,,esok kena usaha lagi ni...

Aku akan berusaha,,Insya Allah akan jumpa apa yang aku cari2 tu..caiyokkk2
Hari jumaat nati kena mengadap papa lagi,,huhu
harap2 semua selesai sebelum bersua dengan  papa nanti..

Sunday, 13 November 2011

Tentang projek ilmiah

Tadi aku pegi jumpa penyelia, nak bincang pasal projek ilmiah..
nasib baik la dia ada,,dah banyak kali aku kecewa sebab setiap kali nak jumpa dia, tentu dia tak ada, busy 24 jam,huhu..biasa la ketua jabatan kan...

Mula2 tu dia tanya, "hari apa saya kata boleh jumpa saya? pukul berapa?"
gluuppp,,,alamak..!!dr. marah ke??tanya aku tapi dalam hati je,huhu
aku jawab,"hari selasa dan khamis dr."

masa tu dr sedang menghadap komputernya..dipendekkan cerita, selepas berbincang2 pasal tajuk yang aku kaji tu, dr. mahu aku yakinkan dia bahawa tajuk yang ingin aku kaji tu mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri, dan kenapa nak kaji pasal tajuk tu?dr. suruh bagi sebab dan alasan kepada soalan yang ditanya tu pagi besok,pukul 10am.

Nampaknya kena berfikir panjang la aku malam ni,huhu
harap2 aku dapat bagi jawapan kepada dua soalan tu,,jawapan yang konkrit dan betul2 meyakinkan..
Insya Allah.....

Friday, 11 November 2011

Seminar

Semalam dan kelmarin,iaitu hari rabu dan khamis,,kami student2 di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berada di Fakulti Kejuruteraan untuk mengikuti Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu kali ke-7.

Banyak input yang diperoleh sepanjang dua hari seminar itu berlansung.

Paling menarik ialah sesi forum yang membicarakan tentang isu-isu memartabatkan bahasa Melayu yang sudah sekian lama hangat dibicarakan di negara kita.

Tiga orang ahli panel yang dijemput untuk mengupas isu ini merupakan tokoh dan sarjana yang terkenal,,sangat mengagumkan..

Salah seorang daripadanya ialah seorang tokoh wanita iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.

Rasa sangat kagum dengan kehebatan beliau,,seorang wanita yang sangat berwibawa dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.


                                Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

*google

Wednesday, 9 November 2011

Alamak... Toyol..!!

*google



cerita ni la aku tengok semalam kat mid valley...

best la jugak,,

mesti la cite kelakar kan, tengok cover pun dah tahu,,huhu

Tuesday, 8 November 2011

Hati bertaut kembali..

Tengok tajuk pun dah faham kan apa maksudnya..huhu



tak nak komen lebih2,,,hihi





*google

Friday, 4 November 2011

Tak sabar ni..!!!

Hari ni sabtu, 5/11/2011

yesss,,,dapat balik kampung..petang nanti

akhirnye..................

tak sabar2 rasa,, hihi

dah lama tak rasa suasana kt kampung yang indah dan permai tu,huhu

wait for me,,,I'll be back..!!!

"cinta bukan milik kita...."



"Sudah jatuh ditimpa tangga.."

Kesiannya, dah la jatuh,kena timpa kat tangga pulak..kan sangat sakit tu.
tu la,lain kali kena hati-hati..jangan fikir nak seronok je.

Dah kena macam ni,tahu pulak rasa serik..
Pengajaran.
Pengajaran yang mematangkan kita.

Teringat nasihat seorang sahabat, dia kata, "ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian", "Allah tidak akan  menguji hamba-Nya dengan ujian yang di luar kemampuan manusia".

Memang betul kata-kata itu..walau seberat mana ujian dan dugaan yang menimpa, aku masih dapat menanggungnya dan masih boleh berfikir secara waras. Alhamdulillah...semoga Dia sentiasa menjaga dan memelihara diriku daripada bertindak di luar batasan.

 Kenangan yang manis+pahit ini akan diingat sampai bila-bila,,sukar dilupakan.

Memang,, sesuatu yang bermula dengan cukup indah akan berakhir dengan sesuatu yang amat menyakitkan dan meninggalkan luka yang sukar untuk disembuhkan.

Beringat..
waspada
berhati-hati....

Wednesday, 2 November 2011

blerrr

Aku nak update status blog ni, tapi tak tahu nak tulis tentang ape...
banyak cerita sebenarnya yang boleh ditulis, tapi tak tahu nak mula macam mana..

mungkin mood tak berapa stabil lagi kot,huhu
kalau aku betul2 ada mood baru boleh bercerita kat blog ni.

Mungkin banyak sangat perkara yang berlaku dalam kehidupan seharianku sekarang, menyebabkan aku jadi tak tentu hala sekarang ni,huhu...

yang paling menyedihkan, raya haji ni aku tak dapat balik kampung,,raya la kat sini je
tahun lepas pun camni jugak..hadoiiii

malas la nak cerita lagi,,nati bertambah sedih+ pilu+kecewa=??