Friday, 23 December 2011

Dr Normaliza ...

Post kali ini untuk menceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis selama 14 minggu menjalani praktikal untuk subjek BBK 3408 Sastera dalam Multimedia. Pensyarah kami tidak lain tidak bukan ialah Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts "http://aammwa.blogspot.com"..

Selama 14 minggu ni, kami buat semua tugasan secara berkumpulan. Kumpulan kami diberi nama Menuju Puncak yang dianggotai oleh 5 orang gadis iaitu aku (sue), lina, nuyu, liza dan bam..
Setiap minggu kami wajib diberi tugas untuk subjek ni, tak ada masa untuk bersenang lenang apabila masuk kelas Dr Notts ni,huhu..memang kadang kala kami ada jugak merungut dan tak puas hati gara-gara kerja yang diberikan setiap minggu tu sebab kadang-kadang sampai dua tiga tugasan jugak Dr bagi dalam seminggu tu..kena siap jugak walau macam mana susah sekalipun.,perlukan kesabaran dan pengorbanan.

Setiap minggu kami kena buat video untuk di post kat youtube. Kerja-kerja ni memang memerlukan komitmen dan disiplin supaya hasilnya nanti memuaskan. Tidak dinafikan, dalam kumpulan kami pun ada jugak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain,,biasa la kerja kumpulan kan..lepas tu ok balik.,tak ada la sampai "berperang"..huhu

Walaupun begitu,,aku rasa sangat bertuah dan beruntung belajar subjek ni sebab banyak pengalaman baru yang aku dapat. Misalnya, macam mana nak berlakon, menari, bercakap macam wartawan, memberi idea dan bermacam-macam lagi. Pengalaman ni tak akan dapat dalam kelas-kelas yang lain. Aku juga dah tahu macam mana nak buat video dalam movie maker, buat gambar kat picasa, edit video, buat majalah dan tahu tentang asas grafik, multimedia..

dan yang paling penting, pasal BLOG ni..blog ni wujud setelah aku belajar subjek ni la..setiap orang wajib mempunyai blog, kadang-kadang Dr. suruh buat assgment dalam blog dan e-mail kan,,semua tu dapat markah dan setakat ni markah aku untuk subjek ni pun sangat memuaskan..:) berbaloi dengan usaha selama ni..insya Allah dapat A untuk subjek ni.

Kalau ada sape2 yang nak tengok video-video yang dihasilkan oleh kumpulan kami dan kumpulan2 yang lain, cari je kat youtube..taip BBK 3408..
video yang paling aku suka ialah video sehala, kami menari lagu Rossa.,best !! lagu tu rancak..
aku selalu tengok video tu time takde keje,,huhu

Kesimpulannya,memang best dan enjoy join kelas Dr Notts walaupun banyak keje, tapi kami dapat banyak pengalaman yang berguna. terima kasih Dr ...


antara gambar2 yang berkaitan..:

















sudah berakhir kuliah untuk semester ini, hanya menunggu hari untuk peperiksaan akhir ..
tak sabar nak jawab exam,,doakan saya ye ..:)

Saturday, 17 December 2011

Minggu 14

- kena buat dokumentari untuk subjek BBK3408

- siapkan assgment untuk tajuk E- Puisi (part aku ialah fungsi dan ciri2)

- projek ilmiah..,kena pikir nak buat tajuk yg mane satu, pemikiran shj atau tentang isu2 wanita shj..
dr. arbai'e dah luluskan aku punya pernyataan masalah dan objektif.. tapi sebelum cuti ni,,dia nak jumpa lagi..mybe nak tahu aku pilih tajuk yg mana kot..

agak2,,tajuk mana yang lebih senang erkkkk..??emmmm

Saturday, 10 December 2011

3 Kesalahan Lelaki yang sering Dilakukan pada Awal Hubungan

Adakah kita sedar mengapa kebanyakan lelaki mampu untuk melakukan sesuatu yang terbaik pada permulaan hubungan tetapi amat sukar mengekalkannya? Ia adalah kerana kesalahan yang telah mereka lakukan pada awal perhubungan. Cuba elakkan daripada melakukan kesalahan ini;


1) memberi terlalu banyak perhatian -Memberi perhatian terhadap pasangan adalah penting kerana ia adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan anda, tetapi jangan memberikannya lebih daripada yang diperlukan.


2) meluangkan terlalu banyak masa bersama- bahagikan masa yang perlu  terhadap rakan, keluarga dan juga pasangan. ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan yang akan mempengaruhi segala tindakan anda terhadap hubungan.


3) tidak menjadi diri sendiri- kebanyakan lelaki akan berlakon mengenai perwatakan mereka pada awal hubungan. Tetapi anda harus ingat sampai bila anda mampu untuk berlakon. Jadilah diri anda yang sebenar dari permulaan hubungan lagi.


*copy dari: http://www.uptomu.net/2011/11/3-kesalahan-sering-dilakukan-lelaki.html

Friday, 9 December 2011

Senyum...

 
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilupai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥



*facebook

Tuesday, 29 November 2011

Minggu ke 11

Dah minggu ke 11 rupanya, cepat betul masa berlalu. Tinggal lagi 3 minggu untuk menghabiskan kuliah bagi semester ini, lepas tu final exam.

Final exam bermula 4 -14 Januari 2012,,tak sabar rasanya nak menghabiskan semester 5 ni,,tahun depan dah semester akhir..wahhhh dah nak abis pengajian kat UPM ni, rasa macam baru je study kat sini,,huhu

Lepas tamat pengajian nanti, kat manalah aku agaknya..errmmm...???

Aku sentiasa berharap cita-cita ku selama ini tercapai..semua orang pun mengharapkan macam tu.

Insya Allah,,dengan izin-Nya akan terlaksana jua apa yang aku impikan selama ini..

Sama2 lah kita berdoa agar kejayaan akan menjadi milik kita nanti..

"datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan"

Saturday, 26 November 2011

Muhasabah Maal Hijrah

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


*sumber: Artikel iluvislam.com

Thursday, 24 November 2011

Ilmu yang benar

Maksud ilmu yang benar:

- ilmu yang dapat menjelaskan kepada kita adakah sesuatu perkara itu benar atau salah
- ilmu yang dapat menjadikan kita tahu antara yang benar dengan yang salah dan dengan pengetahuan itu manusia dapat melaksanakan yang benar dan meninggalkan yang salah.

2 jenis sumber ilmu:

a) ilmu bersumberkan wahyu

- al Quran
- hadis/ sunnah
- ilmu alladuni (wali)
- hikmah

* ilmu yang tidak tercapai oleh akal manusia. 

b) ilmu yang bersumberkan bukan wahyu
- akal
- pengalaman

* ilmu yang diperoleh dengan hasil usaha sendiri secara berfikir/ yang di alami.

- kebenaran ilmu bukan wahyu bergantung kepada kebenaran ilmu wahyu.


~ soalan kuiz tadi~

Monday, 21 November 2011

Saturday, 19 November 2011

Tahniah Malaysia..!!!


BEBERAPA pemain negara meraikan kejayaan Ahmad Fakri meledakkan gol kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

*sumber: kosmo




AHMAD Fakri Saarani dijulang wira negara, semalam apabila jaringan tunggal pada lewat babak perlawanan membantu Malaysia layak ke final dua kali berturut-turut dan kini selangkah lagi mengulangi gemilang 2009 di Laos.
Dalam saingan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno anak didik Ong Kim Swee menewaskan Myanmar 1-0 untuk bertemu Indonesia, esok bagi membuat perhitungan siapa bakal muncul pemenang pingat emas edisi ke-26 kali ini.
Kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA adalah pada 30 September 1979 di Jakarta apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia 1-0.

Sementara itu, kontinjen negara menambah enam lagi pingat emas, semalam untuk menjadikan keseluruhan 47.

Penyumbang emas negara ialah Mohd Harriff Saleh, Fatehah Mustapa (berbasikal trek), Heidi Gan (renang terbuka), Lee Yang (wushu), Png Hui Chuen, Katrina Ann Abdul Hadi (renang berirama) dan renang berirama berpasukan.

*sumber: berita minggu

Friday, 18 November 2011

Harimau tunjuk belang

Foto

KIM Swee mengucap tahniah kepada anak buahnya selepas menang 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

"EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.


100,000 penonton gagal 'ganyang'
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.

Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.
Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.

Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat."



*sumber: berita harian

Tahniah harimau muda..!!!

Malaysia boleh!!!

Paparazzi di Seminar Antarabangsa








BBK 3408 video








Tuesday, 15 November 2011

Jumpa papa lagi

Pagi tadi aku pegi jumpa penyelia untuk discuss tentang projek ilmiah,,continue yang semalam.huhu

Janji pukul 10pg, tapi aku sampai kat fakulti tadi pukul 10.30 lebih,,janji melayu..
tapi bukan sengaja, aku terlewat bangun sebab semalam tido dekat pukul 6 pagi untuk siapkan projek kumpulan kami..

Tapi nasib baik dr. tak marah,,huhu
aku dah takut dan "kenaling" dah tadi.

Setelah bersoal jawab dengan dr., akhirnya  dr nak aku buat pernyataan masalah dan objektif kajian.
Dr. ada bagitau aku apa yang perlu ada dalam pernyataan masalah tu,,siap bagi contoh lagi.
aku ni begitu khusyuk mendengar sambil menyalin,,rasa tak sempat otak ni nak tangkap,huhu
dr. tanya awak faham ke? aku selalu je faham..huhu
tapi memang betul aku dah nampak sikit2 apa yang perlu aku buat,,dah tak kabur lagi tentang masalah ni.

Tapi, aku kena cari artikel berkaitan penulis ni, baru la aku dapat buat pernyataan masalah.
tu je keje aku sekarang ni,,tapi susah nak jumpa, tadi dah selongkar majalah kat sanggar bahasa, tapi batang hidung pun tak nampak,,esok kena usaha lagi ni...

Aku akan berusaha,,Insya Allah akan jumpa apa yang aku cari2 tu..caiyokkk2
Hari jumaat nati kena mengadap papa lagi,,huhu
harap2 semua selesai sebelum bersua dengan  papa nanti..

Sunday, 13 November 2011

Tentang projek ilmiah

Tadi aku pegi jumpa penyelia, nak bincang pasal projek ilmiah..
nasib baik la dia ada,,dah banyak kali aku kecewa sebab setiap kali nak jumpa dia, tentu dia tak ada, busy 24 jam,huhu..biasa la ketua jabatan kan...

Mula2 tu dia tanya, "hari apa saya kata boleh jumpa saya? pukul berapa?"
gluuppp,,,alamak..!!dr. marah ke??tanya aku tapi dalam hati je,huhu
aku jawab,"hari selasa dan khamis dr."

masa tu dr sedang menghadap komputernya..dipendekkan cerita, selepas berbincang2 pasal tajuk yang aku kaji tu, dr. mahu aku yakinkan dia bahawa tajuk yang ingin aku kaji tu mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri, dan kenapa nak kaji pasal tajuk tu?dr. suruh bagi sebab dan alasan kepada soalan yang ditanya tu pagi besok,pukul 10am.

Nampaknya kena berfikir panjang la aku malam ni,huhu
harap2 aku dapat bagi jawapan kepada dua soalan tu,,jawapan yang konkrit dan betul2 meyakinkan..
Insya Allah.....

Friday, 11 November 2011

Seminar

Semalam dan kelmarin,iaitu hari rabu dan khamis,,kami student2 di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berada di Fakulti Kejuruteraan untuk mengikuti Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu kali ke-7.

Banyak input yang diperoleh sepanjang dua hari seminar itu berlansung.

Paling menarik ialah sesi forum yang membicarakan tentang isu-isu memartabatkan bahasa Melayu yang sudah sekian lama hangat dibicarakan di negara kita.

Tiga orang ahli panel yang dijemput untuk mengupas isu ini merupakan tokoh dan sarjana yang terkenal,,sangat mengagumkan..

Salah seorang daripadanya ialah seorang tokoh wanita iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.

Rasa sangat kagum dengan kehebatan beliau,,seorang wanita yang sangat berwibawa dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.


                                Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

*google

Wednesday, 9 November 2011

Alamak... Toyol..!!

*google



cerita ni la aku tengok semalam kat mid valley...

best la jugak,,

mesti la cite kelakar kan, tengok cover pun dah tahu,,huhu

Tuesday, 8 November 2011

Hati bertaut kembali..

Tengok tajuk pun dah faham kan apa maksudnya..huhu



tak nak komen lebih2,,,hihi





*google

Friday, 4 November 2011

Tak sabar ni..!!!

Hari ni sabtu, 5/11/2011

yesss,,,dapat balik kampung..petang nanti

akhirnye..................

tak sabar2 rasa,, hihi

dah lama tak rasa suasana kt kampung yang indah dan permai tu,huhu

wait for me,,,I'll be back..!!!

"cinta bukan milik kita...."



"Sudah jatuh ditimpa tangga.."

Kesiannya, dah la jatuh,kena timpa kat tangga pulak..kan sangat sakit tu.
tu la,lain kali kena hati-hati..jangan fikir nak seronok je.

Dah kena macam ni,tahu pulak rasa serik..
Pengajaran.
Pengajaran yang mematangkan kita.

Teringat nasihat seorang sahabat, dia kata, "ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian", "Allah tidak akan  menguji hamba-Nya dengan ujian yang di luar kemampuan manusia".

Memang betul kata-kata itu..walau seberat mana ujian dan dugaan yang menimpa, aku masih dapat menanggungnya dan masih boleh berfikir secara waras. Alhamdulillah...semoga Dia sentiasa menjaga dan memelihara diriku daripada bertindak di luar batasan.

 Kenangan yang manis+pahit ini akan diingat sampai bila-bila,,sukar dilupakan.

Memang,, sesuatu yang bermula dengan cukup indah akan berakhir dengan sesuatu yang amat menyakitkan dan meninggalkan luka yang sukar untuk disembuhkan.

Beringat..
waspada
berhati-hati....

Wednesday, 2 November 2011

blerrr

Aku nak update status blog ni, tapi tak tahu nak tulis tentang ape...
banyak cerita sebenarnya yang boleh ditulis, tapi tak tahu nak mula macam mana..

mungkin mood tak berapa stabil lagi kot,huhu
kalau aku betul2 ada mood baru boleh bercerita kat blog ni.

Mungkin banyak sangat perkara yang berlaku dalam kehidupan seharianku sekarang, menyebabkan aku jadi tak tentu hala sekarang ni,huhu...

yang paling menyedihkan, raya haji ni aku tak dapat balik kampung,,raya la kat sini je
tahun lepas pun camni jugak..hadoiiii

malas la nak cerita lagi,,nati bertambah sedih+ pilu+kecewa=??

Saturday, 29 October 2011

Perkara yang tak dapat dilupakan??

Mungkin ini la yang dimaksudkan oleh Dr Notts kot..


Perkara yang aku tak dapat lupa sampai ke hari ini, tentunya aku kehilangan seorang abah yang pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Dah dua tahun rupanya abah dah tinggalkan kami..Abah pergi pada 12 Julai 2009,,kerana strok. Mulanya abah hanya ada darah tinggi, kadang-kadang darahnya naik sehingga 200 lebih, dan abah terpaksa dirawat di hospital.


Tapi hari tu, abah tiba-tiba jatuh kat dapur,ketika sedang minum air..lepas dia jatuh, dia sudah tak sedarkan diri lagi..Sebelum abah jatuh, dia baru balik dari kedai, ambil surat tawaran aku untuk masuk ke UPM. Masa tu aku kat luar, uruskan keperluan yang perlu dibawa semasa daftar nanti, so hari tu aku balik lewat. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari ibuku mengatakan abah sekarang berada di hospital..


Aku jadi serba salah..aku dalam dilema masa tu,,nak pergi daftar atau tidak..abah sedang terlantar sakit masa tu. Doktor kata, abah diserang strok kerana darah tingginya naik mendadak dan menyebabkan saluran darah di otaknya telah pecah. Masa tu, abah dah tak boleh bercakap, bergerak apatah lagi nak tengok wajah aku ni,,yang akan menjejakkan kaki ke universiti, itulah harapan dia selama ni..


Aku terpaksa melangkah pergi juga ke UPM, bersama ibuku dan mak saudara..tinggalkan abah yang berada di hospital ditemani 2 orang adikku. Selama seminggu ibu dan adik menjaga abah di hospital, tetapi hari tu, doktor memberitahu ibu, abah sudah tiada harapan dan terpaksa di bawa balik ke rumah. Ibu menelefon dan memberitahuku, abah sudah balik dan ibu kata abah sudah beransur sihat. Aku sedikit lega.


Hari tu, hari ahad,adik lelaki telefon aku yang sedang berada dalam bas untuk program orentasi yang terakhir. dia cakap, "abah dah takde"...aku seakan-akan tidak percaya kerana sebelum ni ibu cakap abah dah beransur sihat. Ibu bohong???aku tahu, ibu hanya nak tenangkan perasaan aku waktu tu. Aku tak salahkan ibu.


Malam tu jugak bapa saudara datang ambik aku dan aku balik sehelai sepinggang. Sampai kat rumah, pukul 4.30 pagi..aku hanya dapat lihat sekujur tubuh yang sangat kurus terbaring kaku..Akhirnya, abah tak sempat untuk melihat aku berjaya, dia pergi sebelum aku sempat membalas semua budi dan jasanya selama ni. Tapi, adakah abah sudah memaafkan semua kesilapanku selama ni??


Jasadnya dikebumikan selepas solat zohor, selepas disembahyangkan di masjid. Aku takkan lupa saat-saat ini,,pertama kali aku melihat adik lelaki ku menangis semasa jenazah arwah abah dikapankan. Kami 5 orang adik beradik mencium dahi abah sebelum dia siap dikapankan. Adik aku yang bongsu, waktu tu berumur 4 tahun, tak mengerti apa-apa. Aku lihat dia hanya melihat dengan pandangan yang kosong ketika arwah abah diusung untuk di bawa ke masjid. Dia hanya tahu, abah dah tak ada..

Hanya surah Yassin yang sentiasa dikirim oleh kami kepada abah yang abadi di sana. Anak-anakmu akan berjaya nanti,,kami doakan abah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insya Allah......


Memang inilah peristiwa yang paling aku tak dapat lupa sepanjang hidup ini..menjadi seorang anak yatim yang sedang menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sekarang untuk mendapatkan segulung ijazah dan mencapai kejayaan yang diidamkan selama ni..

Insya Allah,,aku takkan kecewakan abah...





*gambar dari google

9 wajah

Posted by Picasa

Wednesday, 26 October 2011

my Life is about suJU





inilah santapan ku sehari harian,,kalau tak tengok rasa tak sempurna hidup..huhu














ada banyak lagi,tapi ini la antara yang paling aku suke...:)

Tuesday, 25 October 2011

dah siap!!!

siap jgk kalendar 2012 ni...
ni asgment untuk subjek sastera dalam multimedia...

dh post kt fb, dan tag kat akak yang ajar amali tu..

ni la antara hasilnya;





 









ok tak?

Sunday, 23 October 2011

Kesunyian...

malam ni dok sorang2...
sunyi nye...ase takut pn ade,huhu

nak tido la kejap lagi
semoga lena tidurku nanti...

my Family

                                                                          my mom
                                                          



                                                                            me
              



                                                                        angah
                                                               

                                                                               mie
                                                              
                 
izuddin


                                                                               adik

Friday, 21 October 2011

cuti yang pilu..

minggu depan dah start cuti semester,seminggu..smua orang nak balik kampung..
tapi aku,,dok kat sini je kot.siapkan keje yang belum siap lagi tu.
memang aku teringin sangat nak balik kampung,tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan.

nati raya haji ni pun maybe tak boleh balik jugak sebab tiket dah habis,,
emmmm...ape la nasib..tahun lepas pun raya kat sini jugak.

Aku rindu sangat famili kat kampung,,rindu kat mak dan adik-adik. Yang paling aku rindu, adik yg bongsu,perempuan,,umo 6 tahun. sekarang tadika. Rindu dengan gelagatnya yang selalu buat aku tergelak,,
dia la yang hanya dapat bersama arwah abah selama 4 tahun je. tak tahu la dia sempat ingat ke tak wajah abah. tapi bila tengok gambar,dia tahu,itu abah..

aku rindu abah...
tentu abah selalu melihat anak-anak dia kan..lihat gelagat dan perangai anak-anak dia ni
dah lama aku tak mimpi pasal abah,,
harap-harap malam ni abah datang dalam mimpi aku
aku sangat2 rindukan abah sekarang...............:(

Monday, 17 October 2011

My Life is About "J"

Siapakah John, Jonah dan Jasper??

Kemungkinan:

John adalah nama gelaran bagi seseorang.
Jasper ialah kurza gelap yang berwarna merah, hijau dan kuning.
Jonah merupakan rakan kepada Dr Notts...

itulah jawapan yang sy dapat setakat ni,huhu

Thursday, 13 October 2011

Dalam dilema

Entah la...semenjak dua menjak ni,fikiran jadi bercelaru. tak tahu ape aku dah buat.
salah aku ke??tak rasanya..apa yang aku buat rasa serba tak kena.

tiba-tiba dia muncul kembali..apa hal??dahla senang2 tinggalkan aku, nak balik semula la pulakk...
NO,,aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan,bukan barang mainan.
senang2 je campak,lepas tu nak ambik balik,boleh ke?bukan sampah ni...

cukup la sekali,,,dah serik dah,tak nak berulang lagi..tak nak terhegeh2 pada yang tak sudi..
biarla aku hidup begini,, lagi tenang dan gembira,,tak nak sedih2 lagi..sendiri lebih baik,,

harap dugaan dan ujian ini ditempuh dengan sabar dan redha...
mungkin ade yang lebih baik sedang menanti,,,wallahua'lammm

Wednesday, 5 October 2011

Penyakit...

Memang teruk penyakit yang menimpa aku sekarang ni...
penyakit yang boleh memusnahkan kehidupan manusia.
penyakit ni la yang paling bahaya,,,
nak tahu pnyakit ape???

penyakit MALAS

aku diserang penyakit ni la sekarang.
keje bertimbun, tapi setiap masa dok layan suJU (super junior)...huhu
tapi aku akan berusaha untuk buang jauh2 pnyakit ni,,jangan melekat lagi dalam diri ni
usaha tangga kejayaan!!chaiyyookkkk2!!!!

Tuesday, 27 September 2011

Presentation

sekarang dalam kelas amali sastera dalam multimedia...
hari ni kena present slide show masing2...
sempat lagi ber'blog'...huhu

giliran aku dah lepas....
alhamdulillah......

Sunday, 25 September 2011

Jalan-jalan lagi

Hari minggu kan, biasa la boring kat bilik, so kawan aku ni ajak la keluar jap. pegi MINES je...kiteorg keluar pukul 2 lebih. Naik bas dan turun kat komuter Serdang, jalan kaki pegi Mines...

Mula2 tu kiteorg jalan2 je,,nak exercise.huhu

Lepas tu tengok2 barang sikit, window shopping je...nak beli mascara, tapi tak jumpa pulak kedai AVON, huhu...tak tahu la kedai tu bersembunyi kat mana...

Dah tak tahu nak pegi mane lagi kn, kawan aku ni ajak pegi tengok wayang. Tengok cite Bini2ku Gangster,,best sangat cite tu..tak rugi tengok tadi. Pelakon cite ni pun aku minat jugak, Sheheizy Sam (sory kalau silap eja)...memang kelakar dan suspens  cite tu..

Jalan2 jugak,tapi keje tak siap ag ni...huhu,,

Friday, 23 September 2011

Kembara di ibu kota

Semalam,hari jumaat 23/9/2011, aku bersama seorang best friend aku ni keluar nak pegi DBP. Nak beli buku untuk projek ilmiah, banyak kejadian yang mencabar dan menguji kami. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga mendapatkan buku yang dicari-cari selama ni.

Aku menyangka hari jumaat tak ada la ramai sangat orang, tapi telahanku meleset. Hari jumaat lebih ramai orang daripada hari minggu. Bermula dengan bas  UPM yang penuh, train komuter juga lebih teruk,sampai bertolak2,kami dah jadi macam ikan sardin kat dalam tu,,huhu

Lepas je pegi DBP, kami naik monorail untuk pegi ke Jalan TAR dan berhampiran dengannya ialah SOGO..kiteorang pegi shopping kedua2nya sekali. Duit melayang lagi.,tapi nak buat macam mana kita ni manusia biasa yang mempunyai kehendak dan keinginan masing2. Aku ni pulak jenis yang tak tahu nak urus kewangan, sekejap je duit tu boleh habis..

Lepas solat asar, kami balik dan masa dalam komuter tu la hanya tuhan yang tahu. terasa sungguh lama untuk sampai ke Serdang,huhu...

Sampai kat Serdang,sempat lagi kami singgah kat MINES, tapi bukan nak shopping tapi nak makan dan solat maghrib je...di sini, aku makan makanan yang menjadi favourite (maaf kalau ejaan salah) yang dah lama aku tak jumpa, iaitu shizzling,,memang sungguh mengenyangkan.. 

Sangat seronok kembara seharian yang kami tempuhi walaupun kaki terasa amat lenguh dan sakit2. sehingga saat ini,terasa lagi kesakitan itu...

Thursday, 22 September 2011

FULL!!!

Hari ni hari khamis, so macam biasa la kelas memang padat. start pukul 8pg tadi hingga pukul 4 petang,nonstop..lepas tu sambung pulak dari pukul 5-7pm..

Tapi takpe, esok hari jumaat takde kelas,free...boleh tido puas2,,hihihi

Tuesday, 20 September 2011

malunye.....

Terasa malu pulak apabila berkunjung ke blog kawan2 yang nampak lagi hebat dan menarik,, sedangkan blog aku ni skema je, gambar pun takde.huhu

Biasa la budak baru belajar kan...nati lama2 ok la tu,,kena banyak lagi belajar pasal blog ni. Minta ampun dan maaf kepada mereka yang berkunjung ke blog DiaRidaRiHati kerana blog yang tak seberapa dan kurang menarik. Saya akan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa. Insya Allah...

Nati nak letak gambar ape erkkkk??wait and see

Amali BBK3408

BBK3408- Sastera dalam Multimedia

Tugasan hari ni:

-Pilih seorang tokoh sasterawan negara/ pengkarya
-buat slide show berdasarkan perkara berikut;

  • Latar belakang tokoh
  • Pencapaian tokoh
  • Hasil karya tokoh
  • Gambar2 sepanjang perjalanan tokoh
  • Kesimpulan
-tokoh yang dipilih ialah Khadijah Hashim

-bahan2 telah dijumpai kat internet, tapi belum siap sepenuhnya lagi. Selasa depan dah kena bentang.

-lagu Melayu yang mungkin akan dipilih ialah....i'm sory,,,tak boleh bagitahu

Monday, 19 September 2011

Sabar...........

Setiap orang di dunia ni ada masalah sendiri. Kalau tak ade masalah bukan dinamakan kehidupan, betul ke falsafah tu??

Tapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..terpulang kepada kita untuk memilih cara yang bagaimana untuk selesaikannya.

Sifat sabar merupakan salah satu cara nak selesai masalah. tapi kesabaran pun ada batasnya juga. Selagi kita boleh sabar, sabarlah. Lagipun dalam agama kita sendiri kata sabar tu separuh daripada iman. Insya Allah, Tuhan akan sentiasa bersama orang2 yang sabar.

Memang payah untuk kita memiliki sifat sabar terutama berada dalam situasi yang sangat mencabar dan dicabar. Kalau ikut kata hati, memang tiada lagi sifat sabar dalam diri, tapi bila akal sempat berfikir kita akan kembali waras dan tidak akan bertindak di luar batasan.

Jadi, fikir secara mendalam dan rasional sebelum membuat sebarang keputusan lebih2 lagi apabila berhadapan masalah dengan satu pihak yang lain agar tidak mengguris perasaan mereka dan yang penting kita tidak akan menyesal di kemudian hari dengan keputusan yang diambil....

Semalam yang tension...

18/9/2011 11.15pm

"Hari ni aku betul2 tension lebih2 lagi malam ni. Macam2 masalah yang timbul..bermula dengan charger laptop rosak, so tak boleh nak buka laptop hari ni. Pentingnya nak buka laptop tu bukan nak berfacebook, tapi lec suruh create blog. Esok dia nak chek dan baca blog tu...
Aku dah buat blog semalam, tapi bila nak sign in  tak dapat. Dah banyak kali aku cuba, tapi tetap juga sama. Lepas tu, tiba2 je charger buat hal yang membuatkan aku lagi tension. Nampaknya, melayang la duit aku kena beli charger baru. Dahla duit ptptn semakin surut,,huhu"

Itu la diari semalam..macam2 hal. Tapi hari ni dah ok, aku dah berjaya mencipta blog sendiri dan dah beli charger baru, alhamdulillah....

Sunday, 18 September 2011

Akhirnya....

Alhamdulillah...siap jugak blog aku ni. Semalam punya la tension fikir pasal blog tak siap2. Nasib baik la ada kawan baik aku yang sudi membantu meminjamkan dia punya laptop.

Hakikatnya, laptop aku tak boleh on sebab dia punya charger rosak. Time2 macam ni la dia nak buat hal. Tadi aku tanya kat PC fare, charger laptop dell RM80..emmm habis la duit aku,huhu....Tapi sabar jelah, terpaksa kena beli jugak.

Hari ni kesihatan aku tak berapa ok,selsema..petang nanti ada amali 4-6 petang..penatnya...

Sem baru!!!!

12/9/2011,tarikh bermulanya semester 5 untuk tahun yang terakhir..Alhamdulillah....semua berjalan lancar. Tapi, sedikit sebanyak ada juga dugaan dan ujian yang menimpa. Yela, kita ni hanya manusia biasa yang tak lepas dari semua tu.

Hujung minggu yang baru berlalu semalam, aku berkunjung ke rumah makcik kerana dia ada buat open hause . Ramai juga tetamu yang hadir. Makcik aku tu seorang tukang masak yang handal, memang sedap la menu yang dia masak tu. Dia masak laksa kelantan dan laksa penang, nasi impit dengan kuah kacang dan nasi putih dengan gulai ikan tongkol (ike ayo)..memang banyak aku makan hari tu, nak tambah berat badan..hehehe...

Hari ni,aku kembali ke UPM untuk memulakan kuliah bagi minggu yang ke-2. Tentula banyak keje yang sedang menanti sekarang ni, sabar jelah...